Thursday, June 2, 2011

jiwa saya terluka

Posted by Mama Safiya and Adam at 3:35 PM
Reactions: 
Salam..
N3 kali ni mmg sedih. sy je yg rs sedih, org len xthu. muka aku Ya ALLAH, sume org xlalu nak tgk. nmpk sgt tgh tension. Bila jadi sesuatu perkara yg bukan punca dari kita, tp kita dipersalahkan mmg agak berdarah hati ni. Tambah pula yang menyalahkan adalah insan rapat dgn kita. Ya Rabb, aku memohon sedikit lagi kekuatan utk aku smpi ke hari yang aku tunggu2 sblm ni. Ya ALLAH Ya Fattahul a'lim, Yang Maha Memahami hati naluri ku, mohon berikanlah jalan keluar dr gelora jiwa, permasalahan hati dan kesedihan yang kerap mengunjungi, peliharalah hati ku dr tersinggung dgn sikap dan layanan yang kurang baik insan lain terhadap ku. Kuatkan hati ku. Kukuhkan iman ku padamu Ya ALLAH. Jgnlah Engkau biarkan aku jauh dr mu disetiap saat. Ya ALLAH aku bkn sempurna, tp aku memohon sempurnakanlah akhlak ku. Terlalu bnyak dosaku Ya ALLAH. Aku berdoa agar insan-insan yang pernah dan akan menyinggung hati, menyalahkan aku tanpa sbb kukuh akan mendapat petunjuk dan hidayah dr ALLAH Taala 'Azzawajalla supaya mereka tidak akan melukakan hati aku lagi. Ya ALLAH, sempitnya hatiku, sukarnya utk ku bernafas, hanya ALLAH tahu. Ketika memandang insan yang terlalu aku cintai saat ini dlm keadaannya yg sgt sugul menambah kan lagi sugul di benak aku. Apa salah ku? Apa salah dia?

Hanya kerana lewat temu janji, kami disalahkan. Dan mereka menghukum kami dgn teruk sekali..

Ya ALLAH akhirilah segala kekecewaan dan kesedihan yang pernah dan mungkin akan singgah lagi dalam hati ku ini. Berikanlah aku petunjuk. Peliharalah tingkah laku ku ini. Jadikanlah aku hamba yg beriman padamu, pimpinlah aku supaya aku tidak sesat. Kerana aku bukan aku lagi. Aku bkn aku yang pernah rapat dgn ALLAH. Aku makin jauh. Sedarkanlah aku Ya ALLAH. Mudahkan segalanya. Cepatkan segalanya.

Amin Ya Rabbal A'lamin...
Aku masih kecewa dan sedih. Hati meruntun ALLAH Taala yang Maha Memahami dan Mengetahui.




0 comments:

Post a Comment

 

Lifetime Journal Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review